Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Shafiqaz Ilya. Welcome to My Paris Diary. Follow Me, Me Follow You Back. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking


Shoutbox

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Old Post | New Post

Fall for you


Hi awak semua, macam mana life? Macam mana pelajaran? Macam mana awek/pakwe? Macam mana segalanya?*saya caring okey* Dan kenapa saya malas nak cakap omputeh? Nanti ada orang cakap saya bajet. But, nobody cares actually :3 So tetiba harini nak bercakap pasal cinta. So why cinta? Entah lah, aku pun tak sure. But, it seems interesting to me. And it's doesn't mean that I'm falling in love. K sila faham.
BERCINTA

Okey ramai remaja sekarang jatuh cinta kan? Yeah, memang tidak dinafikan. Aku pun macam tu.Tipu lah kalau orang tu tak pernah jatuh cinta. Kalau dia tak pernah jatuh cinta, aku boleh letak dia tu tidak ada perasaan. Orang yang cinta sejenis ni pun jatuh cinta,tapi dengan kaum sejenis. Sila faham konsepnya disini ya. Pada era sekarang, lagu-lagu cinta memang banyak. Nak-nak di radio. Kalau korang tak tahu,kau tu memang duduk dalam gua. Dalam percintaan, semua orang nak hubungan mereka kekal kan? Betul kan? Kalau boleh,mereka nak hubungan dia sampai kahwin. Tapi, aku memang tak pasti cinta zaman sekolah ni boleh bawak kahwin.Even, teacher aku pernah cerita, yang dia dengan suami dia bercinta dari sekolah menengah. So, bukan takda langsung but jarang.
CINTA PERTAMA

Dan, sambil aku menaip post ni. Aku dengar lagu cinta. Well, nak cari idea mestilah macam ni kan? Bercakap lagi pasal cinta. Cinta pertama memang susah nak lupa kan? Aku tahuuu tu. Kadang-kadang, kita siap berdoa pada Allah agar cinta kita dengan si dia berkekalan. Tapi,akhirnya diri sendiri yang merana. Ye kan? Bila kita ingat balik,kenangan manis kita dengan si dia. Hati kita mesti rasa pedih kan?Rasa yang amat perit bila kita nak lupakan orang yang kita sayang kan? Yes, aku tahu tu. Aku faham macam mana. Aku pernah rasa tu. Macam mana nak lupakan si dia dulu. And thanks God sekarang kita dah berhubung balik. InsyAllah,kalau kita ada jodoh,kita akan bersatu. Kesilapan yang lepas,jangan di ulang balik kan?
PUTUS CINTA
Ni saat orang yang kita benci. Ye kan? Yeahhh :/ Aku tahu, tapi orang selalu cakap bila putus macam ni kan? "Takde rezeki,nak buat macam mana" Putus cinta ni pulak tegolong dalam dua. 1. Dengan cara baik. 2 Dengan cara tak baik .

Cara pertama :
Selepas kita putus tu, even dah tak berhubung. Tapi perasaan ni mesti ada rindu kan? Kalau dia satu sekolah, mesti kita selalu tengok muka dia. Kita selalu ingat dia. Kita selalu ingat tempat kita selalu jumpa.Dan part yang paling best bila kita selisih dengan dia. Ya Allah,perasaan tu. Allah je yang tahu kan? Lepas putus tu, kita mintak maaf semua. Kita mintak halalkan makan minum kita, apa semua. K saat ni memang pedih gila la kan? Sape je yang sanggup lalui benda ni. Aku lebih suka putus cara ni dari cara ke dua. Ye, memang kalau boleh orang nak putus cara ni.Dan,perempuan yang kuat je tak menangis diluar bila lalui detik ni.Dia akan menangis di dalam, hati dia menangis. Even muka dia sedang tersenyum. Macam aku :b Hahaha, aku sekadar menangis dalam hati je. Itu sudah cukup. Lagi best, aku pikul kesedihan ni sorang-sorang je. 

Cara kedua : 
Cara ni aku paling benci. Dan,kawan aku telah melalui perkara ni. Yeah, kalau cara yang tak baik ni, macam ni ah boleh kita cakapkan. Bila putus, nak maki-maki ex. Eh, kau pesal? Masa couple bukan main sayang rindu semua. Bila putus, ni jugak yang kau luahkan? Masa couple, cakap 'awak lain dari yang lain' Tapi, bila putus ' Lelaki semua sama ' ' Perempuan semua sama ' So, agak-agak boleh terima penampar tak? Memang layak terima kan? Last-last baik semua. Ye memang bagus berbaik tu. Sebab dalam Islam kita tak boleh tak bertegur sapa selama 3 hari ke atas.So, aku syorkan. Korang lupakan sesama sendiri.Anggap je lah dia tak pernah wujud.



Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang selalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar





BARANG-BARANG YANG TELAH DIBERI
Barang-barang ni maksud aku macam kekasih kita beri kita teddy bear,cincin, surat cinta dan sebagainya. K yang ni aku rasa elok kita letak dalam satu kotak dan kasi balik dekat dia. Sebab,kalau nak difikirkan balik, buat apa simpan? Nak ingatkan balik kenangan bersama? Bukan ke kita akan sakit hati kalau kita ingat balik kenangan tu? So, better kita pulangkan/buang dan lupakan kenangan tu.Tapi, aku sure, mesti ada satu benda korang simpan.Ye lah, bukan senang nak lupakan seseorang tu.
JANJI
And now, it's all about promises. Janji manusia, janji melayu. Semuanya sukar untuk kita percaya. Betul tak? So, benda ni aku rasa korang jangan nak berharap sangatlah. Jangan nak harapkan dia, sebab last-last hati kita jugak yang sakit. Kononnya, nak kahwin dengan awaklah.Taknak curanglah. Last-last? Apa jawapannya? Kosong.

Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Last-last, ni jugak yang ditanya-tanya.

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Kata-kata ni comel :) Hehe.

"Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, Maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang Yang melabuhkan cintanya pada-Mu,Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu"

"Rugilah seseorang lelaki itu apabila melepaskan seorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar wanita yang cantik wajahnya"

"Lelaki,hargai perasaan wanitamu.Jangan biarkan dia menangis,kerana kamu tak pernah tahu,ada seseorang yang berusaha buatnya tersenyum"

"Dan saya selalu berdoa agar kasih sayang,rindu dan cinta kita takkan pernah terpadam dari hati saya dan hati awak"